me is me ;)

My photo
cahaya cinta lautan agama (: Alhamdulillah :D you know my name not my story .
mawaddahbaha
People changed but memories don't

The Soldiers :')

Hai and Assalamualaikum :)

waa lamanyaaa saya tidak mencoretkan isi hati di sini hahah pernah ke ? mana pernah ada isi hati cehh . hmm so how was your day ? mine alhamdulillah :D may Allah ease everything . ingat , semuanya Allah dah tentukan cuma kita kene berusaha untuk ke arah kebaikan .

okayyy dah nak dekat 3 bulan aku tinggalkan sekolah . sedih , rindu apa lagii hahaha semua ada lah bila ingat semua kenangan dari tadika sampai lah sekolah terakhir dekat TTJ . segala kenangan suka duka pahit manis tawar payau yang pernah aku lalui selalu ada dalam fikiran nii . haihh rindunyaa dekat semua orang .

lagi rindu bila ade sesuatu terjadi mula lah ingat kalau dekat sekolah mesti macam ni mesti jadi ni . kalau dan mesti tu selalu ada lah . nak cerita segala kenangan tu susah kot . sebab banyak sangat kan . kenangan yang paling aku rindu masa dekat TTJ . kenangan dengan The Soldiers . semua orang pelik kenapa The Soldiers korang nak pergi berperang ke ? hahaha yeaa kami berperang , berperang untuk hadapi SPM bersama sama .

japp berehat dengan gambar japp :D

Eid Mubarak 2012 dekat rumah Papa Jamh

Iftar Ramadhan 2013 dekat rumah Bonda 

Glider Competition The Soldiers hantar 2 team :D

Informal Class Picture 2013 :')

Eid Mubarak 2013 at Papa Jamh's house

Graduation Day :D

banyak lagi kenangan kita kan . nak masukkan semua gambar banyak sangat nanti hehehe . aku rindu semua , rindu gelak tawa kita , menangis kita hahahah :'D kalau nak ingat kenangan terindah kita aku rasa mesti malam ramah mesra kita kan hahahah . malam tuu berapa kali aku meleleh cuma tahan gilaaa taknak orang nampak . kita luahkan apa yang kita simpan . yee rapat cemana pun mesti ada rasa yang tersimpan kan .

mungkin aku takjumpa korang kalau aku takmasuk TTJ . mungkin aku takjumpa otak otak genius macam korang . mungkin aku takjumpa otak otak gila macam korang dan mungkin aku takkan jumpa satu keluarga ni :) 


lagu kita :D lagu yang bagi semangat dekat kita heheh :D semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga amiin :') ingat tak impian kita taknak bagi cikgu jamhuri pegang sorang punya slip pun sebab semua slip kita dekat atas pentas :'D insyaAllah semoga Allah memakbulkan . 

dahh nanti aku emotional hahaha . takleh takleh . rindu tu memang dalam sehingga tak terkata peritnyaa cehh byee . Assalamualaikum :)

ps : kenangan kita sentiasa dalam ingatan .
pss : result gempak kan ? insyaAllah .
psss : The Soldiers always be my family :D


time fliesss

Assalamualaikum dear peopleeee :)

huhhh berhabuk dah ehh sayangg hahaha . lama gilaa lahh takupdatee :( ni sebab malas ke apa tah taktau lahh . mungkin sebab duduk asrama . susah nak onlinee . maaf rakan rakann .

erm erm ermmm saya tengah SPM . ehh semalam budak sains tulen dah habis dah punnn . aku ? hahaha belum lagiii . saya budak teknikal so lambat laiee nak habis ehh . takde lah lambat sangat pun , hmm 5/12 nanti . ade 2 subject 3 paper lagii . LK and PKEE .

nanti habis sekolah aku akan rindu saat saat dekat sekolah . sekarang pun sangat cukup terasa . dormmates , classmates aku sepanjang dekat TTJ banyak ajar aku erti persahabatan . aku taktau kenapa , sekarang pun aku cukup rindukan diorang :'(

dekat dalam dorm kalau nyanyi melalak lalak tu dah biasa kann . gelak gelak memekak takhabis habis . haihh . lepasni takde siapa nak nyanyi lagu papinka sama sama . hahaha tangkap gambar gaya giloo tu biasa dengan kita . walaupun kene marah dengan ustazah tapi kita takpernah kesah kan . hahahah kita suka buat kerja gila kitaa .

dalam kelas pulak , wajib gelak . lagi lagi syukri hakim ade . hahaha penyeri kelas takkan terpisahhh . suasana riuh kita sampai cikgu kata kita takbersedia nak spm kan . tidur , gelak , online dalam kelas . sibuk buat party . hahaha annual dinner kita the best :D aku taksangka yang aku dapat classmates se-happening korang . yang paling best aku suka bila dengar kita jaga nama baik kelas kita sama sama .

gambar kita semua nanti aku letak :) aku akan kenang korang sampai bila bila . insyaAllah :)

ps : selamat berjaya dalam espiieyymmm
pss : 10A+ kita semua kann . insyaAllah
psss : kenangku dalam doamu 

maaf , sorry :')

Assalamualaikum .

maaf sangatsangat . veryvery sorry . okayy tau merepek . haaa huhh aku ade banyak homework yang takberapa nak siap . ehh ? takberapa nak siapp ke memang taksiap ? hahah okay aku mintak maaf sebab lamanyaaaa tak update :') well imma busy personn :P

okayy actually haritu ade terdengar haa takberapa nak ingat siapa yang bagi ceramah tu . beliau mengatakan sesiapa yang ada blog tu , gunakanlah blog tu sebagai tempat kita menyampaikan dakwah . atau perkaraperkara positif yang membawa kebaikan kepada semua orang . anddd thats whyy , aku rase bersalah nak update :') tapii tangan aku dah lama nak update . haa okay mawaddah kau baru cerita bende ni dah panjang merepeknyaa .

Menangis hanya kerana seorang yang bukan mahram kita 
ya Allah sangat lah rugi . kenapa ? sebab dia bukan yang halal untuk kita . dan die tak tetap lagi untuk kita . mungkin dia hanya ujian yang Allah bagi . ingatlahh , perkara kat atas tu kalau kita buat memang rugi . aku pun pernah buat . sebab bende ni kita tak jangka kan . kalau dah sedih sangat memang akan nangis . tapi kalau kita boleh tahan memang sangat untung . okay ? :) good my dear :D menangis kerana takutkan azab Allah lagi bermakna tauu :')

ohh hmm nak tau something takk ?

Dekat Syurga nanti Allah ada sediakan satu Syurga kosong .
untuk apa ? kenapa kosong ? mesti korang tertanya-tanya kan . hanya orang yang ada sikap ni je yang boleh masuk syurga ni . laa buat ape nak masuk syurga kosong ? takde nikmat disediakan . takmacam syurga lain kan ? syurga kosong ni laa tempat Allah bertemu dengan orang yang mempunyai sikap special ni . Allah nak berdua je dengan orang bertuah ni . orang lain semua takboleh masuk . takboleh kacau Allah dengan orang bertuah ni .

siapa orang bertuah ni ? orang ni adalah orang yang memijak nafsunya . apa tuu ? macam mana nak pijak nafsu ? hahaha bukan pijak la sayang . macam remaja sekarang die tengok kawankawan dia semua couple tapi disebabkan die tau salah , die hindarkan diri dia daripada couple . lagi , hmm perempuan bila tengok kawankawan dia takpakai tudung , cantiknyaa rambut dia . and terasa nak jugak tunjuk rambut kita dekat orang lain , tapi dia tau tu salah . die kuatkan iman die supaya die tetap menutup aurat walaupun terngin sangat nak jadi macam kawan die yang lain . faham tak ? ;)

hmm , banyak pulak aku bebel eh ? insyaAllah perkara ni bermanfaat untuk korang semua yang membaca . insyaAllah aminn :')

Assalamualaikum . semoga berjumpa lagi . insyaAllah .

ps : iForm5 next year :P
pss : samasama kita berusaha untuk SPMMMM ;D
psss : maaf kalau ada terlanjur kata yang membuat kalian terguris ;)
 

oppa :)

Assalamualaikum :)

oppa , take care . adik takmampu nak panggil abang lagi . adik takut . adik menyusahkan abang kan :) nice to know you deeply inside brother . kalau adik boleh senyum kenapa abang takkan ?

yeahh , glad to have this tears :'( haihh . stop being childish .

end -.-

OH result 0.o

Assalamualaikum :) hai comel dan handsome sekalian .

okayy , ade ke lagi orang yang tengok blog aku ni . pemalas betul aku nak update kan . maaf laa . mase sangat laa pack . rasenya Atiah , Hasya , Mariah , Hamizah , Ain masih tengok kot :D hahah . okay rindu korang amat sangat sungguh *bmfailed?kesahh* hahah . hmm , cuti eh sekarang ? ohh baru aku tau . patutla bosan semacam ;) dah laa luqman kesayangan aku tengah berjuang . haa takpe doa kaklang selalu ada untuk angah . sentiasa angah . in shaa Allah :) ohh tajuk tuu . hahahah rase macam taknak cakap tapi nak type . apee kee bengong nii mawaddah .

Alhamdulillah ;)
dah tengok ? hurm Alhamdulillah Allah izinkan aku capai target nak dapat no 1 dalam tingkatan . tapi , aku takcukup puas hati sebab result aku sepatutnya bukan result budak no 1 . tu result ntahla . ade C kan . haihh -,- aku berjaya lawan Aiman Azfar . maaf Aiman :) aku berjaya lawan Fakhira Nublah , twin aku yang genius gilaa laa . abah marah sebab english C . haa abah , anak abah nii bukan anak mat saleh tapi anak jawa tu pun celup je :P hahah . okayy abah , i will do my best next year to achieve the best . lawan semuaaa yang ada kat situ , siapa ? Fakhira , Maryam , Aiman , Farihah ? haa in shaa Allah . 

ohh by the way , result aku semuanyaa menurun daripada ujian selaras 2 . ntah ape nak jadi tahh . heshh mawaddah mawaddah *gelengkepalasikit* hahah . okay congratulations untuk yang lain jugak , twin aku kau takjauh mane pun turun . no 2 je punn . oh Faeiqah , pesaing baru muncul . tahniah Faeiqah . takpenanti kita bersaing secara sihat :D hahah .

di sini aku nak selitkan jugak keadaan saudara kita dekat Palestin . kesian diorang tapi diorang dah pasti masuk syurga kan . pertahankan agama Allah , agama Islam . kita ? dah la takmampu bagi pertolongan ketenteraan untuk mereka , hanya mampu bagi pertolongan doa . ya Allah berilah kemenangan ke atas rakyat Palestin :'( mereka sangat memerlukan kemerdekaan . hancurkanlah zionist laknatullah itu . amin :)
in shaa Allah :)

ps : jangan terlalu gembira kerana ramai saudara kita sedang menderita :(
pss : pray for gaza :)
psss : fivers , do the best :)

finale ;)

hai and assalamualaikum :)

final exam macam nak terkam aku je . hahah . nak dekat dahh , jadinyaa study la kawankawan . ehh mawaddah kau pun same je . ohh okayy (Y) hahah . hmm point tulis post ? haa actually nak mintak ampun dan maaf kepada sesiapa jela yang mengenali diri ini , insan yang lemah . doakan aku berjaya final exam kali nii . aku cuakk wehh , baru balik kem tibetibe exam memang tak lahh kann . dah la pelajaran seminggu aku tinggal . menangis sekarangg :'( takpe mawaddah insyaAllah kau boleh :)

bahasa melayu aku takut takdapat bahagi masa dengan betul :( english , aku takut grammar aku yang masih takbetulbetul lagi tuu :( math mode , aku takut careless mistake yang aku selalu lahh sangat buat :( addmath , aku takut kalau aku xdapat fikir macam mane nak buat :( fizik , aku takut aku taktau nak gune formula ape :( chemistry , aku takut aku salah formula ion :( agama , aku takut aku takingat fakta :( sejarah , aku takut aku bercampur fakta setiap tajuk :( electric and electronic , aku takut aku salah kire nanti habis 20 markah :( engineering drawing , aku takut aku takingat step :(

banyaknyaa kau takut mawaddah . mawaddah ingat , lagi kite negative thinking , lagi laa bende tu macam menghantui kite *ehbetulkebmakunii* hahah . positive mawaddah :) try your best . selagi boleh study go on study . jangan malas . jangan ikutkan sangat hati kau tu yang asyikasyik nak enjoy jee . fikirkan mase depan dengan sebaiknya . untuk mama abah , buat yang terbaik yee mawaddah :) insyaAllah .

Assalamualaikum :)

ps : doakan aku :)
pss : aku doakan kauorang jugak .
psss : best memory *06102012*

rindu di hati :)

Assalamualaikum readers ;)

ya Allah lamanyaa tak update kan . buakan pemalas tau , cuma terlalu padat masa and tak sempat nak menaip . malam ni adela sikit kesempatan nak update . sebenarnya aku nak tidur . dah penat , satu hari punye open house , tapi ntah kenape mate taknak lelap . hmm takpela atleast aku dapat luangkan mase dengan laptop kesayangan nih haa :)

oh hmm , bulan Ramadhan cepat sangat tinggalkan kita kan . ya Allah rase sedih sangat . lagilagi bile hadapi Ramadhan dekat asrama . sekejap sangat rasenya . nak sahur dengan buka dengan abah , mama pun tak sempat . lepastu mood raye memang jauh lari . takrase langsung .

Alhamdulillah raye dah pun hampir ke penghujung *bagiakula* cukup la tuh . trial SPM pun dah dekat . angah , chaiyok ! insyaAllah boleh punyalah :) aku pun nak balik asrama dah . macam dah menunggu sangat kepulangan aku ke situ kann . gambar raya ? hmm , takperlu kot . malas nak upload la . maaf :) 

semoga berjumpa lagi , insyaAllah :)

Assalamualaikum 

ps : aku mintak maaf zahir dan batin
pss : aku takleh nak lelapkan mate :(
psss : orang yang selalu teman aku pun dah tidur agaknya ;(

exam week ;)

Assalamualaikum ~ ya Allah lamanya tak menaip . haa sorry readers . aku tau takde . hahah . okay rindu gilaa menaip . nak cerita apa ? kejappp ~

mungkin aku kene cerita pasal nih kot . dekat sekolah aku kan ade satu trend yang bagi aku tak patut kot . tapi bende tuh dah jadi trend . sebab ape aku pun tak tau . menyusahkan orang sangatsangat . oh nak tau kan . dekat sekolah nih ade trend budak form 5 lelaki iaitu diorang akan buat satu list yang dipanggil 30 above . list tuh tertera namanama budak perempuan form 4 untuk diorang mainkan . tak perlu kann . and to be truth i'm in the list . tak paham aku . apesal nak buat bende tuh . takde kerja sangat dah kee . setahu aku cikgu bagi homework melambak . haihh -,-'

sebenarnya form 4 tak tahu pun siapa yang ade dalam list . tapi ade akak senior yang baik hati ternampak list tuh . jadi die nampak nama aku . dan die bagitau aku . alhamdulillah aku tau . and aku harap aku dapat bertahan dekat situ . tolong doakan aku dapat elakkan diri daripada dipermainkan lelakilelaki akal pendek nih . insyaAllah . aku takut jugak tapi insyaAllah aku sentiasa berjaga-jaga .

oh exam week . sebelum exam week aku call hasya hari sabtu malam . aku nak cakap dengan die serious rindu . dua kali rasenya aku call tak angkat so aku call atiah . nasib baik atiah angkat . borak lama sangat dengan atiah . rasenya aku baru gune kad helo yang baru habis sampai tinggal 5 ringgit . hahaha . tapi takpe lepas rindu . sebelum tuh aku call maksu aku dulu suruh die datang hari ahad tuh . hilangkan tension ~ haha

exam kami dua hari jee :D haha . 1 hari 5 subject . okay nak hadapi bende tuh sangat la membebankan kepala otak . tapi alhamdulillah dapat jawab dengan baik . tapi elektrik makk aihh soalan esei die . haha . okay takpela first time nampak soalan elektrik kann . engineering drawing punn . hahah . tapi alhamdulillah aku dapat jawab cume sedih bile tengok orang lain semua cakap 'aku dah nampak jalan kegelapan' memang la tak boleh jawab tapi tak elokkan cakap macam tuh . mulemule pun aku tersekat dekat 1 soalan tuh . and kalau xdapat jawab yang tuh memang yang lain tak boleh jawab jugak laa . tapi Allah bagi aku ingat balik ape yang aku belajar . pastuh dapat la jawab . time tuh bersyukur gilaa laa . kalau tak fail E.D.

result ~ hahaha . setakat nih yang dah dapat alhamdulillah 5A . tak payah tau laa A+ berapa hahah . takpe nih baru ujian selaras 1 . banyak lagi exam . boleh cuba lagi kan ;) insyaAllah .

Assalamualaikum (:

ps : aku dapat gelaran Dr addmath . hahaha . insyaAllah aku akan teruskan markah tuh sampai SPM :)

xi shua shua

wo ai ni :D saye bosan wakk . taktau nak tulis ape tapi nak jugak . aku rindu hasya , atiah , hamizah , ummi , ain , busukk *aliya* , syafiqah , nek jah , iqbal , amir , penglipur lara *akmal* , budak gemuk *zaim* , amin , hazim , and ramai lagi *gilakenaksebutsemuaorang* . aku tak tipuu aku rindu korang . ohh aku kan first time duduk asrama , so balik rumah aku call ramai gilaa lah orang . jadinyaa bil aku mendadak . tapi aku tau ayah aku takmarah kan abahh ;D

ingat nak hangout dengan korang *yangtertentu* , mase amat mencemburui . hahaha . jumaat aku balik dari hostel , sabtu , balik kampung sampai ahad . haa kejap je kann . haha . isnin beli barang untuk balqis . selase balqis balik hostel *kesianadikaku* . rabu pergi perpustakaan daerah kan hamizah ? hahaha . dengan abang , adik . satu hari suntuk tuhh . khamis duduk rumah bosan parents kerja . jumaat *harinih* balik kampung ayah malam nanti sekarang parents kerja . sampai sabtu . ahad balikkkkkk hostel ;) packed gilaa la mase . eh takpun sebenarnya , hari khamis tuh aku tidur dekat rumah takde siape nak ajak keluar kann :'( sobsob hahaha .

chemistry dengan add math masih menunggu . nasib laa duadua subject yang tinggal aku minat . kalau yang tinggal tuh essay bm ke bi memang tak kemana laa homework aku . korang nak aku tunjuk something . nih tarian mase kitorang orientasi . name die xi shua shua . tapi yang aku tunjuk nih tahun lepas punye . abang cameraman takmasuk kan kitorang punye . takpe lebih kurang jee . syok gilaa la menari nihh . lagilagi bile dah tau step . haha . try la tengok ~


kalau tak best jangan marah aku . bagi aku best gilagilaaa . serious rindu nak buat lagi tapi apekan daya , orientasi dah habis . mase untuk belajar pulakk . oh untuk hamizah , iqbal , amir dan zaim . i wish all of you all the best ! chaiyok pergi sane . ingat tujuan datang situ dan berusaha untuk ke arah tuh . ingat setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya :) till then .

Assalamualaikum (:

aims :D

Assalamualaikum . rindunyaa dekat blog . bukan blog jee dekat korang semua rindu gilaa . aku nak cerite pasal dekat sekolah baru . kalau tak nak dengar tekan CTRL + W *kalautaksalahaku* . dah lame tak type . hahaha . okayy dah nanti aku merepek panjang lebar . sampai sekolah sane dalam hati * kampungnya seklah nih * jahat betul aku . masuk dengar pengetua aka bonda bagi ucapan . semangat betul . petang ade LDK i'm a leader . budak group best . malam sesi dengan majlis tertinggi asrama *MT* menari lagu xi shua shua . seronok sangatsangat .

esok pagi ujian diagnostik untuk nak tentukan kelas fully english atau bilingual . mathematics dengan english . awal aku masuk 4PKEE2 . stand for pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik . lepas tuh sambung orientasi . aku forward kan . ade satu hari tuh kitorang ade explorace . habis bende tuh kumpul . lepastuh die fasi mintak dua orang ke depan untuk bagi kesimpulan permainan tadi . tibatiba lepas dua orang tuh selesai , ketua fasi panggil aku suruh cakap . segan gila weh . sejak tuh orang kenal aku . ohh diorang suke panggil name aku , diorang kate sedap dan unik .

malam tuh macammacam aktiviti kitorang buat . petang khamis kitorang kene buat persembahan untuk setiap group . group aku buat lakonan musical campur komedi sikit . hahaha kelakar gilaa . aku yang atas pentas pun boleh gelak dalam berlakon . group kitorang dengan group aiman menang so kitorang kene buat persembahan untuk hari penutup . malam berlatih persembahan untuk dorm pulak . lelaki buat lakonan perempuan buat nyanyian . malam high table dorm aku kene buat persembahan lagi . berape kali aku ke depan memang orang tak kenal laa . segan .

hari penutup lepas buat persembahan semua ade anugerah . yang nih lagiiii segan . aku dapat anugerah pelajar terbaik orientasi untuk perempuan . hadiah die besar tuhh . alhamdulillah . malam high table kitorang tak jadi buat persembahan sebab masalah teknikal . dapat hamper besar tuh makan malammalam sebelum tidur . bestt :D malam tuh ade anugerah jugak . aiman dapat anugerah freshie terbaik lelaki sebab die sporting gila time sesi malam . perempuan pulak budak dorm aku . dorm 11 memang banyak conquer hadiah . kelakar betul .

hari isnin pagi cikgu suruh jurusan awam dengan elektrik tinggal untuk nak tentukan kelas . name first kene panggil Nur Mawaddah masuk elektrik 1 . budak elektrik 2 semua pandang . pandangan sedih cehh . baru 1 hari jumpe dalam kelas . kelas elektrik 1 ade 14 orang jee 0.o cikgu semua suke kelas kitorang . cakap senang nak ajar . insyaAllah senang belajar . tapi taktau la nanti 2nd intake berape ramai masuk .

aku dapat Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah , Taiping , Perak . aku macamm gila jauhh . taknak pergi . lagipun dah selesa dekat TTJ . ayah aku cakap takyah pergi nanti takde siape nak tengok . aku dengar je okay takkan pergi . hahaha . ayah aku sebenarnya rindu aku ;D die offer sane sebab aku mintak sains teknikal . sekolah tuh top untuk teknikal maybe . whatever it is , aku tetap dengan TTJ . aku ade aim sendiri insyaAllah .

Assalamualaikum (:

ps : ampun diminta ambik mase korang membace . 
pss : rindu dekat blog . cehh hahaha .
psss : tahniah untuk yang dapat sbp dengan mrsm . semoga berjaya ;)
pssss : yang tak dapat takpe , tak semestinya korang tak boleh berjaya .

so here :')

Dear friends ,
no one can replace any of you . i'm going to miss you all so much . before going there , here i'm telling you ;)

Atiah Nadhirah . saye sayang awak sangatsangat . sejak dari darjah 3 kan kite kenal . tapi rapat tak sangat time tuh . start darjah 5 kite rapat sangat mungkin sebab lebih matang . jangan pernah lupekan kite . kamu pernah cakap nak jadi kawan kite sampai syurga nanti . insyaAllah . semoga menjadi kenyataan . Atiah , nanti kite call kamu bile kite free . iloveyou so much honey bunny . still remember blue kiwi and honeydew :'D

Nur Hamizah . marshmallow . ampun diminta sebab saye terpakse tinggalkan awak segera . mizah , kite sayang kamu . jangan lupe kawan awak yang comel nih . rindu nak makan asam pedas samasama . kite nak belanja korang lagi . oh pasal dekat 4 cen tuh . nanti aku mesti ade kawan . bile kamu tak faham apeape fatin kan ade . die lagi pandai dari kite . rindu nak bandingbanding siape lagi gemuk dengan hasya :')

Nurul Hasya . ingat aku tauu . kau lupe aku nahas :'P weh aku tak pernah tengok kau nangis sebab aku . selalu kau nangis sebab sekolah jee . aku tau pasal kerja kayu dengan teetttt ;P cehh . takde aku tipu . hahaha . hasya , ingat dalam hadiah birthday aku ? kau cakap orang yang duduk sebelah aku tahun nih mesti jadi kawan baik aku kan . mungkin jadi . tapi aku tak pernah lupekan kau . ingat tuhh . jangan lupe bagitau aku kalau masuk manemane . aku sayang kau :')

Mariah Amirah . nih lagi sorang , weh aku sayang kau *walaupunakutakcakap* tapi aku cakap dekat sini . haha ape aku merepek nih . jangan pernah lupe aku . thanks atas segalagalanya . dengan kau aku belajar banyak bende . mungkin kite tak serapat macam aku dengan hasya . tapi kau tetap kawan aku yang selalu bagi semangat untuk aku . thanks again for make me happy . aku akan rindu dengan suare , care dengan nasihat kau :')

Hanna Amirah . comel 0.o haha . kite rindu kamu . rindu dengan kecomelan awak . hanna kite doakan kamu dapat ape yang kamu nak . kite tau kamu nak MRSM kan . kite sentiase doakan kamu . lagi satu kite dah ingat birthday kamu :) nanti bile kite free kite call kamu waktu birthday kamu atau bilebile . jangan lupekan kite . semoga kamu berjaya dalam menempuhi hidup walau di manemane saje :')

Mohamad Iqbal . weh , aku mintak maaf atas segala kesalahan yang aku buat dekat kau . aku nih jahat dengan kau kan *anggukangguk* . aku mintak maaf jugak sebab aku selalu speechless bile nak cakap dengan kau . terkejut tengok kau mungkin haha . thanks sebab jadi kawan yang sangat baik untuk aku . kau pernah cakap dulu kite sehati sejiwa kan . aku ingat lagi dan aku harap bende nih still lagi kau ingat . tengok tangan and ingat 1 ayat . aku akan rindu kau sangatsangat my sweetie pie :')

Amir Muttaqin . ingat name mawattaqin and satu lagi kau buat muttawaddah *takberapesedap:P* haha . thanks sebab jadi kawan yang baik . thanks jugak sebab selalu bagi nasihat yang pelbagai untuk aku . aku akan jadikan amalan dan aku takkan lupekan kau . aku akan rindukan kau :')

Muhammad Akmal . adik kamal :D haha . terima kasih sebab sudi jadi kawan yang baik . kau tau , aku senang dengan perangai kau yang selamba . sebab tu lahh aku tak pernah rase kekok dengan kau kecuali time face to face . aku tak boleh pandang mate ke mate dengan lelaki . simpan kotak yang aku bagi . mahal tauu :P thanks jugak sebab sudi dengar cerite aku yang tak menarik . dan sudi jadi penglipur lara hati yang duka . hahaha . merepek . aku akan rindukan kau :'D

Siti Nur 'Ain Shakinah . ainnn kite sayang kamu . kite rindu kamu . terima kasih sebab sudi jage kite . selalu jadi pendengar setia kite . i'm appreciate it so much . thanks untuk semua nasihat yang disampaikan . you make me crying . air mate awak sangat berharga sayang . jangan senang sangat menangis tauu . kite sayang kamu sangatsangat :')

Ummi Hannani . ibu yang tercinta . siape lagi lepasnih nak jadi bantal kite . ummi kite rindu kamu . rindu nak tidur dekat kamu . rindu nak dengar cerite kamu . rindu dengan segalagalanya . dulu kite pernah tanye 'siape lagi yang akan jadi tempat baring kite nanti kalau bukan ummi?' lepastuh kite semua nangis kann . kite sedih . kite sayang kamu sangatsangat , terima kasih sebab sudi jadi ibu yang sangat penyayang :')

Farrah Iwani , Nur Syahmina , Mazny Azzahira , Alif Izzati , Farah Atikah , Aliya Farihah . rindu dengan korang . terima kasih sebab tak pernah aku anggap kite orang luar . terima kasih sebab tak pernah sisihkan diri ini :( iwani kite rindu nak peluk kamu . kakak yang sangat baik . mina , terima kasih untuk ape saje . daripada kamu kite belajar panggil orang saye awak :D mazny , aku ikut jejak kau . aku mintak maaf sebab pernah buat kau kecik hati . alif , terima kasih sebab jadi baik sangat . sopan santun betul :D farah , thanks sebab jadi kawan kite . thanks kadangkadang teman kite stay petang . lastly aliya busuk , mintak maaf sebab buat awak marah . terima kasih sebab jadi tempat untuk aku bermanje . busuk aku sayang kau :) aku takkan lupekan korang :')

Hifdzi Zaim . budak gedik yang tak comel . oh lupe satu lagi gemuk . aku mintak maaf kalau ade terkasar bahase walaupun aku tau dalam hati kau mesti cakap taknak . sebab aku tau kau sangat lah gedik dengan aku . terima kasih sebab kadangkadang tuh mengaku yang kau gemuk :P aku akan rindukan perangai kau . jangan lupe aku tauu gemuk :'D

Syafiqah . kite sayang kamu . terima kasih sebab selama nih teman stay . kamu ikut je ke mane kite pergi kan . tak pernah lagi jumpe kawan macam kamu . terima kasih sangatsangat . seorang kawan yang sangat baik , sopan sangatsangat . lembut ~ haha . thanks again syafiqah . kite akan rindu nak stay dengan kamu lagi . jage diri elokelok mase stay petang tuh ehh . jangan duduk sorangsorang :')

3 inovatif , INOSE . aku akan rindu korang semua . nak menangis bile teringat balik masemase tangkap gambar . rapatnya time tuh . aku tau kadangkadang aku awkward sikit dengan korang . mintak maaf sangatsangat . thanks untuk semua wishes dalam group 3 inovatif . aku dengan aiman takkan lupekan korang :')

3 cendekia , CENS . thanks untuk segalagalanya . korang tak pernah anggap aku orang luar . aku akan rindu korang sangatsangat . semoga dapat berjumpe lagi . korang happy family ever . waktu korang tangkap gambar kalau ade aku korang ajak tapi aku taknak sebab aku tau aku bukan cen *untukperempuan* . a bunch of thanks :'D

anyone yang aku tertinggal aku mintak maaf . sekarang jam laptop aku menunjukkan pukul 1 46 AM . jadi otak memerlukan rehat . mintak maaf sekali lagi kalau ade yang terase . terima kasih untuk semuanya :')

izinkan gambar untuk berbicara :)

teddy bear belakang tuh ayah aku belikan ehh . haha :'D

aku akan bawak pergi asrama bag nihh ;)

atiah , look ! heee kite simpan hadiah darjah 6 kan ?

mawaddahamizahasyainajah :') memories .


semoga berjumpe lagi . insyaAllah :)

Assalamualaikum (:

ps : kalau korang rase kehilangan , aku rase lebih kehilangan tuh daripada korang semua :'(

tears running down :'(

http://21051996.blogspot.com/2011/12/he-knows-best.html about this post . ade masalah teknikal or what aku pun taktahu . khamis malam ayah aku dapat text message yang aku dapat sekolah tuh . yes Alhamdulillah aku dapat . malam tuh aku download whatsoever yang die suruh . on facebook nampak Iqbal on .i told him about this with tears . post dekat 3 inovatif . ya Allah mate sangat kabur mase tuh sebab nangis teruk sangat . ape la aku nih . hari tuh nak sangat masuk . aku memang nak masuk . aku nangis sebab esoknya hari last aku jumpe korang semua . ye sedih sangat .

hari jumaat datang sekolah . first aku nampak Aisyah terus peluk die . tell everything . tak nangis lagi . lepastuh jumpe akak Aasiyah .peluk , die bagi nasihat . still tak nangis . takde perasaan kot . lepastuh nampak Atiah . aku tau die akan marah sebab tak bagitau awalawal . aku cakap je terus meluru soalan kenape tak bagitau awalawal . time tuh aku menangis sangatsangat . taktau kenape . lepas Atiah tau , nangis sepanjang mase jumpe budak cen ( hanna , farhah , hana , hamizah , zainab ) . jumpe ain die nangis . aku pun hujan jugak . haihh . tarik ain naik pergi tandas . lepastuh jumpe kak Liya . kak Liya marah sangat . bersalah nyaa . bace yaasin duduk sebelah kak Liya .

habis bace yaasin . aku tak jumpe hasya lagi . susah betul cari budak tuh . pakai baju putih suci sangat . hahaha . duduk dengan hamizah . mintak maaf sangatsangat dekat mizah sebab nanti die kene duduk sorangsorang sampai tawaran sbp keluar . forever alone ~ haha taklah hamizah . saye ade dalam hati awak :') lepastuh uruskan sijil berhenti sekolah and whatsoever . duduk dalam bulatan dengan cens . ya Allah diorang terlalu baik . lepastuh hasya datang . die senyum jee . aku dah nangis dulu . die dah tau daripada orang lain . lepastuh bagi tisu . haha thanks weh aku dah sedia dengan tisu dari rumah lagi .

lepastuh jumpe Aliya . oh die marah sangatsangat . aku asyik kene marah je . haha . sorry busuk terpakse tinggalkan awak . nanti saye call awak sebab saye akan rindu dekat awak yang sangat busuk :P aku pergi dekat semua yang aku kenal . INOSE sekalian . diorang semua marah aku . ape salah aku hari tuhh . cehh . salah sebab tak bagitau awalawal . aku pun tau lambat . lagi sedih tauu . time rehat jumpe Iqbal Asri dengan Iqbal Hakim . oh aku rehat dengan Hasya . rindu nyaaa . cerite macamacam untuk yang terakhir buat mase nih .

balik jumpe teacher . everytime aku jumpe teacher , teacher cakap iloveyou . nih aku menangis nih . haihh *takelokmengeluh* teacher cakap thank you untuk segalagalanya dalam pengawas . terharu :') aku takkan lupekan pengawas . dari darjah 2 kot aku jadi pengawas sampai form 3 . ayah aku suruh sambung form 4 . okay sambung cerite . hasya tunggu depan kelas . aku nampak air mate die bergenang *sorrywehakuternangis* . hantar Atiah balik oh time nih tak nangis dah air mate kering kontang . hiperbola nya . haha . makan asam pedas dengan Syafiqah , Hamizah and Ain . ohh last day :( diorang belanja . Ain nak balik jadi peluk die . tak boleh nangis dah .

sebelum balik solat dulu . lepastuh peluk syafiqah dan hamizah . ye aku akan rindu stay dengan diorang . sebelum sampai rumah pergi singgah rumah hamizah ambik barang . thankyou marshmallow ;D lepastuh pergi rumah ain ambik sijil dengan surat die yang panjang . hahaha . tapi memang panjang . aku tak tipu . heee :D baru sampai rumah ~

hari yang penuh dengan air mate :')

Assalamualaikum (:

mission .

esok . bangun . niat . pergi sekolah . jumpe kawan . perhimpunan . masuk kelas . kawan baru *takdelabarumane* . belajar . balik . 
tak sabarnya nak buat semua nih . haha jakun dah lame tak buat . mungkin esok tak belajar . takpe . aku takut tak boleh tidur malam nih . aku sedih . balqis dengan luqman dah balik asrama . diorang happy je masuk sekolah . yang aku nih dudk sorangsorang . haa takpe la . muaz ade . budak tuh mesti nangis malam nih . lepastuh banyak alasan die bagi sebab nak tidur dengan aku . apeape la muaz . out tidur -,-'

semoga berjumpe lagi . insyaAllah :)

Assalamualaikum (:


chatbox

chatbox aku . ohh malasnyaa nak tukar . minggu depan la . bile aku free . start esok tinggal 4 orang je dekat rumah . sedih :'( punye la ramai hari tuh . oh takpela . aku harap dapat masuk asrama . tapi aku kesian dekat muaz tinggal sorangsorang dengan parents . untung jugak dapat jadi anak tunggal . tapi serious lain la ade ramai adik beradik dengan jadi anak tunggal . memang la lain . aku nak cakap lain rase bile dekat rumah tuh happening sangat dengan pelbagai perangai . kalau sorang sungguh bosan . okayy jam aku dah bunyi nak tidur .

semoga berjumpe lagi . insyaAllah :)

Assalamualaikum (:

13 cukup la hehe ;P


lesson in 2011 :) 

1. always be positive .
2. belajar bukan untuk berjaya tapi untuk dapat keredhaan Allah .
3. jangan tangguhkan kerja .
4. jangan biarkan orang lain terase dengan kita . 
5. percaye pada orang yang sepatutnya .
6. selalu berada di sisi kawan sama ada diperlukan atau tak .
7. stop from being jealous .
8. lepas usaha jangan lupe doa sebab Allah selalu dengar rintihan kita .
9. mengadu dengan Allah walau apapun yang terjadi .
10. always make others happy with you .
11 . banyakkkk lagi :D

berdasarkan post yang sebelum nih , 
12. terima ape yang Allah berikan kerana itu adalah yang terbaik untuk kite .

the most important for me (aku tak rase semua orang terima bende nih)
13. tak semua masalah yang kite hadapi boleh diceritekan pade seseorang kerana tak semua masalah yang kite hadapi tuh orang lain suke untuk mendengar . walaupun tujuan kawan untuk ade dengan kite walau susah atau senang tapi bukan semua bende diorang suke untuk dengar . lain orang lain pendapat . 

mission completed . hee peacee ;)

semoga tahun hadapan menjadi lebih baik dari tahun nih . insyaAllah amin :)

semoga berjumpe lagi . insyaAllah :)

Assalamualaikum (:

ps : ramai orang yang mengajar nih . nak credit ke ? haha tak payah la ye . terima kasih banyakbanyak sebab selalu memberi nasihat kepada Mawaddah . jasamu akan kukenang cehh . insyaAllah . semoga hidup sentiase diberkati Allah amin :D



He knows best :)

jom tengok ;)

terkejut ke tak ? aku mengaku first time bace macam nak nangis . tapi tak jadi dengan dua sebab . first sebab aku tau ini salah satu ujian yang Allah bagi , Dia nak tengok aku boleh terima ke tak . second sebab aku tau Allah Maha Mengetahui . aku yakin Dia nak bagi yang lebih baik untuk aku . or mungkin aku tetap dekat JESS . wallahualam . yee Allah kuatkan hati aku . 

mak aku cakap mungkin die ambik ramai lelaki sebab kejuruteraan kan . ntah la aku pun taktau . He knows best . oh by the way Aiman Azfar dapat situ . tahniah Aiman . aku tau kau boleh buat yang terbaik dekat sane insyaAllah :)

Assalamualaikum (:

ps : pakcik posmen aku xtunggu kau . ehh tapi nanti sbp jangan lupe datang rumah aku :P haha . insyaAllah tawaran sbp pulak aku tunggu . pray for the best aminn :)

cendekia :)

yee saye cendekia . 4 cendekia ...... jap menangis kejap . hasyahasyahasya ! takpela mawaddah kau still ade kawan hamizah ade . alhamdulillah . jadi aku duduk sebelah hamizah tahun depan . hamizah jangan tinggalkan kawan awak yang comel nih tauu . kalau nak pindah jangan pindah awalawal . tunggu kite pindah dulu *ishselfishgilaamawaddah* hamizah ahli tetap cendekia . hahaha . yang hasya nih pun same nak jadi ahli tetap inovatif . takpe hasya kau ade azri dapat makan selalu . cehh haha .

forget about it . aku nak mengadu jap aku tak suke orang bile die bukak mulut je mesti ayat die menyakitkan hati orang . sini aku bagi korang bace . 


aku tak malukan die kan . aku dah pixel cukup baik . aku cume nak cakap kalau korang dapat macamnih bengang tak ? mungkin la ade orang yang boleh agak siape die . aku mintak maaf . takde niat untuk nak bagi die popular . 

semoga berjumpa lagi . insyaAllah :)

Assalamualaikum (:

ps : masih setia menunggu pakcik posmen yang handsome lagi comel :P *winkwink*



;D

status .
maaf saye taknak post dekat facebook . saye nak post dekat sini :) ngadangada :P

Assalamualaikum (:

ps : pakcik handsome tak hantar surat . sedihhnyaa . a shoulder pleaseee cehh .

asdfghjkl :P

saya budak comel :D haha . peacee yaww ^-^

Assalamualaikum (:

ps : aku menunggu pakcik posmen yang handsome . sampai la cepat . tak sabar . insyaAllah ade rezeki doakan aku ye :D

an offer

aku dapat tawaran . haa tawaran ape ? dalam kepala semua mesti tengah fikir mesti asrama kann ? haha . nope la dear . aku dapat tawaran jadi ustazah . jadi ustazah ? boleh ke ? ntah aku pun taktau . takut jugak . ustazah tuh suruh aku fikirkan . mule tahun depan . biar benar mawaddah nak jadi ustazah ? ajar tajwid . ermm blur -,-

hari ahad actually nak pergi jalan . tapi tak jadi sebab ade kenduri . lepas kenduri pergi pedas . macam taman tema air . tapi aku taktau korang semua panggil ape . dari aku kecik aku pergi situ . tapi bile dah besar tak syok sangat sebab tak mencabar . tempat semua nak cetek . budakbudak suke la . lepastuh malam makan dekat restaurant arab . sedapp . then balik .

hari isnin jalan . disebabkan aku dah suggest tak payah tidur hotel semua setuju . jalan dekat KL . nasib hari isnin tak jam . first place kitorang pergi taman burung . subhanallah burung lawalawa . ade buruk merak tuh bangge sangat die lawa . hahaha . lepastuh solat zuhur dekat masjid negara . pergi makan dekat A&W hehe . lepastuh pergi planeterium . walaupun aku dah pergi aku tak kesah . aku tau adik beradik aku yang lain semua tak pergi lagi . masuk tayangan die aku tidur . haha . mak aku kat sebelah boleh menjerit macam tengok cerita hantu . cehh . tak teruk sangat la sebab aku boleh tidur . bangun je dah habis tayangan . legaa . hahaha .

keluar planeterium pergi solat asar dekat masjid negara . jalanjalan dekat dataran merdeka . pastuh pergi warta . makan pizza hut aku dapat makan carbonara . heee . then solat maghrib dekat situ lepastuh main bowling . main dengan family sangat awesome . sebelum nih kan aku  main mesti masuk longkang kann . berkat kesabaran aku . cehh . aset pertama aku menang kott . peace yaww . mak aku boleh gelak jee . family aku kate aku baling comel gila . haha . aku pun taktau ape yang comel . tapi yang pasti bile aku baling , bola aku slow motion yang amat sangat . tapi kene . haha . macammacam cara aku baling . ade yang aku tolak je bola tuh . sebab aku nak aim dua pin yang tinggal . bile aku baling semua mesti gelak . kalau masuk longkang aku lompatlompat macam budak kecik . mawaddahmawaddah . *gelengkepalesikit* haha .

great day ever . thank you abah mama . nasib baik tak payah hotel . kurang sikit modal . and the best thing is . kitorang dapat kumpul 1 family . betapa susahnya nak dapat . kalau tak mesti salah sorang takde . alhamdulillah :'D

semoga berjumpa lagi . insyaAllah :)

Assalamualaikum (:

ps : aku batukbatuk . pergi jalan dengan suara rock . aku lebih banyak diam . sebab tekak aku sakit . but still i'm enjoyed . ^-^
Black Moustache